Thursday, July 30, 2009

Program Motivasi Kekeluargaan


Baru - baru ni sebuah program motivasi kekeluargaan telah diadakan dibangunan Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Timur, berdepan dengan PPIK Bukit Kapar . Tema motivasi tersebut bertajuk teknik mendidik anak-anak kearah kecemerlangan yang sampaikan oelh Ustaz Fauzi bin Mustafa (Pengerusi Al-Kuliyah TV 3)
Wednesday, July 29, 2009

Halaman PPIK Bukit Kapar

(Sudah siap ditambah)
( Dalam pembinaan)



(Sebelum)


Terima Kasih kepada Y.B Dr. Abd Rani bin Osman (DUN MERU) sebab memberikan peruntukan untuk meratakan (menyemin) kaki lima PPIK Bukit kapar. Tujuannya adalah untuk memudahkan komuniti meletakkan kenderaan seperti motosikal/basikal dihalaman PPIK dan Perpustaakaan Desa.
Friday, July 17, 2009

Sijil untuk peserta ICT


Penyerahan sijil untuk peserta yang mengikuti latihan ICT. Untuk mendapatkan sijil peserta mestilah menghabiskan latihan ICT selama 10 jam, mengikut modul yang disediakan oleh penyelia PPIK. Terpulang kepada peserta sama ada mahukan latihan berterusan selama seminggu atau pun mengikut hari yang dikehendaki oleh peserta.

Lawatan mengejut YB ke PPIK BUKIT KAPAR

Kenangan bersama Penyelia PPIK, Pembantu Perpustakaan pn. Maedah, YB Dr Abd Rani, AJJK PPIK En. Hj Mukadir.
YB melangkah pulang dari PPIK Bukit Kapar.

Di dalam bangunan Perpustakaan Desa Bukit Kapar.

Gambar kenangan di depan bangunan PPIK BUKIT KAPAR (Penasihat PPIK Bukit Kapar, YB Dr. Abd Rani, AJK PPIK En. Hj Mudakir dan Penyelia PPIK BUKIT KAPAR pn. Samaiyah)

YB mencuba penggunaan Celcom Broadband untuk melayari internet.
YB mendengar penerangan dari Penyelia PPIK BUKIT KAPAR.


Pada 17 July 2009 jam 9.10 pagi Yang Berhormat Dr. Abd Rani bin Osman (DUN MERU ) datang melawat ke PPIK BUKIT KAPAR secara tiba -tiba.. Aduh! panik juga... tapi alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar, walaupun tidak membuat apa - apa persediaan. Selepas melawat PPIK beliau melawat ke Perpustakaan Desa Bukit Kapar.. yang bersebelahan dengan PPIK Bukti Kapar.






Wednesday, July 15, 2009

Permaian Chees Set

Leka betul kanak- kanak ni bermain .. kadang- kadang tu ..kena ingatkan suruh balik rumah untuk menyambung persekolahan di sebelah petang.
Inilah salah satu aktiviti kanak sekolah rendah PPIK Bukit Kapar, disebabkan komputer cuma ada 3 PC aje.. maka kanak - kanak ini terpaksalah dilatih mengikut giliran.. jadi sebelum mendapat giliran masing - masing.. merekapun diberikan chess set untuk bermain.
Thursday, July 9, 2009

Lawatan Penyelia Ke Kelantan Dan Terengganu

Gambar kenangan Penyelia di Depan Masjid Kristal dikKuala Terengganu.

Lawatan Penyelia PPIK Bukit Kapar ke Gerai Keropok Lekor Losong Kak Mek di Terengganu. Sebungkus harganya Rm 5.00


Cara - cara membuat keropok lekor losong.

Proses menggoreng keropok lekor losong.


Bahagian tepi Masjid Kristal di Kuala Terengganu.

Bahagian Depan Majid Kristal.


Pantai Cahaya Bulan Di Kelantan.


Wau di bahagian Luar Kilang Batik.

Terdapat sampan di sebelah luar kilang batik tersebut.


Pada hari Keputeraan S.P.B Yang Di Pertuan Agung pada 6June 2009 sempena cuti Umum Penyelia PPIK BUKIT KAPAR & keluarga pergi melawat Negeri Kelantan dan Terengganu. Macam -macam tempat kami lawati diantaranya ialah kilang Batik Di Kelantan, Pantai Cahaya Bulan, Rantau Panjang, Wakab Cek Yeh, Pasar Siti Khatijah dan lain2 ... lagi lah tempat menarik.. disana..
Sunday, July 5, 2009

Kakitangan Maxis Cyberkids




  • Penyelia PPIK BUKIT KAPAR bersama Kakitangan Maxis Cyberkids Di Hotel Sheraton pada 13 - 15 June 2009.
Saturday, July 4, 2009

Gambar kenangan di tepi kolam Hotel Sheraton


Lebih kurang jam 6.45 pagi kami berkumpul di tepi kolam renang hotel Sheraton Subang Jaya, untuk melakukan aktiviti senaman seni.
| Top ↑ |