Thursday, August 27, 2009

kerjasama PPIK Bukit Kapar dan Perpustakaan Desa

Selesai saja melukisdan dah dapat hadiah kami pun bergambar ramai.. ramai.

Penyelaras Perpustakaan Desa Bukit Kapar sedang menyampaikan hadiah kepada peserta.

Inilah hadiahnya.. nak jimat bajet..


Penyelaras Perpustakaan Desa sedang memerhatikan peserta perempuan.


wah! adiknya siap posing.. lagi.. boleh jadi model ni.

Penyelia ppik memerhatikan kanak lelaki cara-cara mewarna.

Ramai -ramai mewarna.. maklumlah kotak warna tak cukup.. kongsi lah ye..



Lukisan yang sedang diwarnakan.

Lukisan yang belum diwarnakan.

Penyelaras perpustakaan Pn. Maedah desa sedang meyerahkan kertas lukisan yang sudah dilakar oleh Penyelia PPIK Bukit Kapar.


Satu lagi aktiviti sempena cuti sekolah PPIK Bukit Kapar dan Perpustakaan Desa telah mengadakan aktiviti pertandingan mewarna bendera Malaysia sempena bulan Kemerdekaan yang ke 52 .Diadakan pada 27/08/09 jam 10.00 - 11.00 pagi bertempat di Perpustakaan Desa. Aktiviti ini hanya disertai oleh kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun. Hadiahnya merupakan sebuah buku nota dan sebatang pen.

Aktiviti Cuti Sekolah


Latihan untuk anak-anak komuniti yang berumur diantara 10 - 13 tahun

Sesi latihanICT sedang dijalankan


Giliran remaja perempuan pula mengisi borang latihan ICT



Remaja lelaki sedang mengisi borang peserta latihan ICT

Pada musim cuti sekolah pada 24hb - sehingga blog ini diupdte ramai kanak-kanak dan remaja mengikuti latihan ICT di PPIK BUKIT KAPAR.

Jemputan ke Majlis makan malam RTM

Pada 25/08/2009 yang lalu Penyelia PPIK turut sama menghadiri majlis makan malam/berbuka puasa sempena menyambut bulan Radmahan bersama kakitangan Stesyen Pengesan Siaran Radio Malaysia, Batu Belah Klang, Selangor.(RTM) yang dirasmikan oleh Pn. Ramlah Jali.(Pengarah Stesyan Pengesan Siaran) Jamuan diadakan di Blue View Hotel Shah Alam, Selangor.
Thursday, August 20, 2009

motivasi bertajuk membina keluarga bahagia

Hadirin sedang mendengar ceramah .
Penyelia PPIK turut serta menghadiri program tersebut.
AJK sedang membuat persiapan terakhir untuk program motivasi.


Pada 12 Julai 2009 satu program motivasi bertajuk membina keluarga bahagia bertempat di dewan serbaguna MPK Meru Klang, Selangor.
Thursday, August 13, 2009

Ketua kampung Melawat PPIK Bukit Kapar

Ketua kampung merasa bangga dengan sambutan komuniti yang celit IT.

Ketua kampung Tuan Hj Syafiee sedang meninjau kawasan halaman PPIK yang telah siap disimen.


Dihadapan PPIK BUKIT KAPAR.Tuan Hj Syafiee bersama Penyelia PPIK dan Pn. Maedah Penyelaras Perpustakaan Desa Bukit Kapar.



Tuan Hj Syafiee sedang mendengar penerangan dari Penyelia PPIK Pn. Samaiyah Jumri.




Pada 13/08/2009 jam 11.00 pagi Ketua Kampung Bukit Kapar datang melawat PPIK Bukit Kapar bersama AJK beliau untuk melihat perkembangan PPIK. Terima Kasih Tok Ketua sebab memberi perihatian pada Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK).
Wednesday, August 12, 2009

Komuniti yang Celik kepada perubahan zaman


Alhamdulilah.. dan tahniah kepada komuniti yang berminat dan Celik IT.
Sunday, August 9, 2009

Hari Veterinar Peringkat Negeri Selangor





Pada 20-21 Julai 2009 Dewan Serbaguna Meru telah mengadakan hari Veterinar Peringkat Negeri Selangor. Pameran ini bertujuan untuk memasarkan hasil-hasil ternakan dan pameran cara-cara membuat/membina reban ayam , kambing dan lembu secara moden. Selain daripada itu diadakan juga jualan hasil pertanian secara terus kepada orang ramai.
Tuesday, August 4, 2009

Anak -anak kita tanggungjawab kita




Anak - anak kita tanggungjawab Ibu dan bapa / komuniti untuk menanam minat kepada IT serta tanggungjawab Penyelia PPIK pula untuk memberikan tunjuk ajar berpandukan kemahiran yang sedia ada.

Renungkanlah ciptaan Ilahi


Mungkin selama ini kita semua hampir lupa akan sesuatu kejadian ciptaan ilahi.. maka dalam ruang blog ini Penyelia PPIK Bukit kapar merenung sejenak akan ciptaan Tuhan yang maha kaya dan menciptakan sesuatu dengan kehendaknya.. Penyelia cuba meletakkan situasi suasana diwaktu pagi, cuaca mendung dan selepas hujan.
| Top ↑ |