Sunday, October 25, 2009

Aktiviti Murid - murid Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kapar

Acara permainan catur adalah salah satu aktiviti di sekolah kebangsaan Bukit Kapar. Ahlinya terdiri daripada murid tahun 1-3. Aktiviti seperti ini sangat digalakakn supaya murid-murid ini dapat memperkembangkan kemahiran/bakat mereka sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Murid-murid ini dilatih oleh En. Fadli bin Zakaria.
Saturday, October 24, 2009

Kanak-Kanak Pra Sekolah


Sebelum kanak- kanak ini melangkah ke sekolah rendah, mereka dihantar kesekolah tadika dahulu untuk mendapat pendidikan asas. Contohnya untuk mengenal HuruF A - Z dan nombor 1 - 100. Seterusnya mereka diajar membaca dan mengira. Tadika di kampung Bukit Kapar ini diadakan di kariah-kariah tertentu, seperti tadika kemas : Kariah Sebaya,Serai Wangi, Jalan Dusun, Jln Kopi, Batu 81/2 dan lain-lain kariah lagi. Pembayaran yuran pembelajaran adalah sebanyak RM 20.00 seorang. Pra sekolah disini menempatkan kanak-kanak berumur diantara 5-6 tahun. Hanya diadakan sebelah pagi dan muridnya lebih kurang 30-40 orang untuk satu sesi. Diuruskan oleh seorang guru yang telah dilantik oleh kementerian (KEMAS) dan seorang pembantu.
Friday, October 23, 2009

Kerongsang Tudung


Pelbagai jenis kerongsang / pin tudung di jual dan ianya menjadi kegemaran setiap wanita. Harga pasaran diantara RM15-RM20. Sekiranya ada yang berminat dengan kerongsang / pin tudung ini sila hubungi Pn. Sham 019-2027831 untuk membuat tempahan.
Tuesday, October 20, 2009

Aktiviti Memancing Remaja Bukit Kapar

Remaja kampung Bukit Kapar mengadakan aktiviti memancing pada hujung minggu, untuk memenuhi masa lapang dan menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian. Mereka memancing di kawasan hutan belukar atau pun tepi-tepi parit yang terdapat di kampung ini. Kebanyakan ikan-ikan disini adalah jenis ikan air tawar seperti ikan toman, ikan haruan dan ikan keli.
Thursday, October 15, 2009

Kumpulan Kompang dan Marhaban Warga Emas

Kumpulan Kompang dan Marhaban oleh warga Emas kampung Bukit Kapar telah ditubuhkan hampir 5 tahun yang lalu. Mereka ini sering mendapat undangan dari masyarakat setempat. Kehadiran mereka diundang untuk majlis-majlis mencukur jambul bayi mahu pun kenduri kahwin. Aktiviti seperti ini untuk adalah memenuhi masa lapang warga emas disini.
Tuesday, October 13, 2009

Pasar Malam Selasa Bukit Kapar, Klang, Selangor.

Pelbagai jualan ditapak pasar malam Selasa di kampung Bukit Kapar. Disinilah ramai penduduk dikariah ini mahu pun kampung berhampiran membeli barangan keperluan seharian. Pasar ini diadakan hanya seminggu sekali sahaja. Lokasi pasar Malam ini terletak di persimpangan masuk ke Kariah -kariah Bukit kapar dan Bukit Cherakah Puncak Alam.

HATI DURIAN


PELIK TAPI BENAR.. Semasa Penyelia membuka buah Durian terdapat satu biji durian yang ganjil., tapi mungkin ada penyelia lain dapat pengalaman seperti ini. Dalam buah durian ada lagi durian didalamnya (bunga durian) .
| Top ↑ |