Thursday, November 11, 2010

Lambaian Baitullah Al-Mukaramah






Pada 30 Oct 2010 mantan penyelia PPIK Bukit Kapar telah menghantar ibu mertua untuk menunaikan rukun Islam kelima, Disebabkan beliau pergi melalui package Felda maka kami menghantar di Masjid Simpang Kerayong Temerloh Pahang. Semoga beliau selamat pergi dan balik. Amin
Thursday, October 14, 2010

Kenangan terakhir dihari raya Sept 2010


Tanggal 26Sept 2010 bapa saya meninggal dunia diwaktu usia 86 tahun. Inilah gambar terakhir beliau diambil bersama-sama anak-anak, cucu dan cicit sebelum kembali kerahmatullah.. Alfatihah.. semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh. Amin.

Saturday, September 25, 2010

Kerinduan pada semua


Asslamualaikum.. semua pembaca blog untuk sudi melayari blog ini.. rasanya dah lama tak update blog maklum lah.. sejak PPIK ditutup hampir setahun yang lalu... Melalui blog ini saya luah kan perasaan rindu saya pada teman-teman semasa kami sama-sama menyertai kursus Penyelia PPIK di Komplek sukan Negara Puchong, Selangor.
Wednesday, August 4, 2010

Lawatan Mantan Penyelia PPIK Ke Kem Latihan PLKN Manjung







Lawatan kami ke Kem Latihan PLKN di Sri Manjung Perak pada bulan Jun tempohari.
Thursday, April 1, 2010

Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa dan mengetahui segala-galanya

Pada hari minggu yang lalu mantan Penyelia PPIK pergi kepasar malam di Meru untuk membeli barang keperluan harian, termasuklah membeli buah mangga untuk santapan anak-anak dirumah. Ketika memilih buah mangga itu mantan penyelia ternampak buah mangga yang ganjil. Subhanallah.. masyallah.. astagfirullahalazim.. Allahuakbar.. betapa besarnya kuasa Allah. Mungkin juga anda pernah melihat mangga seperti ini.. tapi inilah yang terjadi .. kali pertama sayaTambah Imej melihatnya. Maka sedarlah ini adalah seseungguhnya keadaan Kekuasaan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu 'Jadilah' maka terjadilah ia Maha Suci (ALLAH) TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP-TIAP SESUATU DAN KEPADA NYALAH KAMU DIKEMBALIKAN.

Pendaftaran peserta PLKN di Stadium Shah Alam



Pada 27/03/2010 maka bermula pendaftaran untuk peserta PLKN di Stadium Shah Alam untuk pelatih kumpulan 2 siri 7 /2010. Pendaftaran bermula dari jam 8.00 - 9.30 pagi. Ramai ibu bapa turut serta menghantar pelatih ini ditempat pendaftaran, termasuklah mantan Penyelia PPIK untuk melihat/menghantar anak beliau keStadium ShahAlam.
Monday, January 4, 2010

Cuti_ cuti Malaysia



Mandi di kolam air panas



Kawasan kolam air panas


Bersama orang tersayang


bersama keluarga tersayang





Bersama anak-anak dan menantu.


Sempena cuti sekolah yang lalu Penyelia PPIK Bukit Kapar balik ke rumah mak mertua di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak. Kami pun sekeluarga mengambil kesempatan mandi-manda di Hot Spring (Kolam Air Panas) . Tapi tempat Sotong yang besar tu dah tak ada dah dibuang oleh pihak pengurusan di atas sebab-sebab tertentu.
| Top ↑ |