Acara permainan catur adalah salah satu aktiviti di sekolah kebangsaan Bukit Kapar. Ahlinya terdiri daripada murid tahun 1-3. Aktiviti seperti ini sangat digalakakn supaya murid-murid ini dapat memperkembangkan kemahiran/bakat mereka sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Murid-murid ini dilatih oleh En. Fadli bin Zakaria.
ASALAMUALAIKUM
Sunday, October 25, 2009
Aktiviti Murid - murid Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kapar
Acara permainan catur adalah salah satu aktiviti di sekolah kebangsaan Bukit Kapar. Ahlinya terdiri daripada murid tahun 1-3. Aktiviti seperti ini sangat digalakakn supaya murid-murid ini dapat memperkembangkan kemahiran/bakat mereka sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Murid-murid ini dilatih oleh En. Fadli bin Zakaria.
Saturday, October 24, 2009
Kanak-Kanak Pra Sekolah

Sebelum kanak- kanak ini melangkah ke sekolah rendah, mereka dihantar kesekolah tadika dahulu untuk mendapat pendidikan asas. Contohnya untuk mengenal HuruF A - Z dan nombor 1 - 100. Seterusnya mereka diajar membaca dan mengira. Tadika di kampung Bukit Kapar ini diadakan di kariah-kariah tertentu, seperti tadika kemas : Kariah Sebaya,Serai Wangi, Jalan Dusun, Jln Kopi, Batu 81/2 dan lain-lain kariah lagi. Pembayaran yuran pembelajaran adalah sebanyak RM 20.00 seorang. Pra sekolah disini menempatkan kanak-kanak berumur diantara 5-6 tahun. Hanya diadakan sebelah pagi dan muridnya lebih kurang 30-40 orang untuk satu sesi. Diuruskan oleh seorang guru yang telah dilantik oleh kementerian (KEMAS) dan seorang pembantu.Friday, October 23, 2009
Kerongsang Tudung
Tuesday, October 20, 2009
Aktiviti Memancing Remaja Bukit Kapar
Remaja kampung Bukit Kapar mengadakan aktiviti memancing pada hujung minggu, untuk memenuhi masa lapang dan menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian. Mereka memancing di kawasan hutan belukar atau pun tepi-tepi parit yang terdapat di kampung ini. Kebanyakan ikan-ikan disini adalah jenis ikan air tawar seperti ikan toman, ikan haruan dan ikan keli.Thursday, October 15, 2009
Kumpulan Kompang dan Marhaban Warga Emas
Kumpulan Kompang dan Marhaban oleh warga Emas kampung Bukit Kapar telah ditubuhkan hampir 5 tahun yang lalu. Mereka ini sering mendapat undangan dari masyarakat setempat. Kehadiran mereka diundang untuk majlis-majlis mencukur jambul bayi mahu pun kenduri kahwin. Aktiviti seperti ini untuk adalah memenuhi masa lapang warga emas disini.
Tuesday, October 13, 2009
Pasar Malam Selasa Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Pelbagai jualan ditapak pasar malam Selasa di kampung Bukit Kapar. Disinilah ramai penduduk dikariah ini mahu pun kampung berhampiran membeli barangan keperluan seharian. Pasar ini diadakan hanya seminggu sekali sahaja. Lokasi pasar Malam ini terletak di persimpangan masuk ke Kariah -kariah Bukit kapar dan Bukit Cherakah Puncak Alam.
HATI DURIAN
Thursday, September 24, 2009
Suasana Hari Raya di Bukit Kapar
Kuih raya
Sudah siap dibungkus dalam balang / bekas untuk diedarkankan kepada pelanggan.
Anggaran 15-20 minit untuk proses pembakaran dalam oven.
Proses membuat Biskuit Tat Nenas.
Berbagai jenis kuih raya yang diusahakan oleh pn. Zakiah Jalil untuk dijual kepada pelanggan yang membuat secara tempahan atau pun secara langsung. Perniagaan kuih raya ini dilakukan oleh beliau sejak 15 tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Sekiranya ada yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi Penyelia PPIK Bukit Kapar.
Thursday, September 10, 2009
Bazar Ramadhan Bukit Kapar
Bermacam-macam lauk yang mereka jual.
wah.. ! nampaknya sedap nasi kerabu ni..
Kuih -muih pula macam-macam ada..Sempena bulan Ramadhan ramai peniaga mengambil kesempatan berniaga berbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Pilih aje apa yang nak, pasti ada..yang penting duit ye.. mesti ada. Tanya ajelah nak kuih apa atau lauk apa..dan air apa.. itu lah yang berlaku dibazar ramadhan Bukit Kapar.
Bazar bulan Ramadhan Bukit Kapar
Thursday, August 27, 2009
kerjasama PPIK Bukit Kapar dan Perpustakaan Desa

Selesai saja melukisdan dah dapat hadiah kami pun bergambar ramai.. ramai.
Penyelaras Perpustakaan Desa Bukit Kapar sedang menyampaikan hadiah kepada peserta.
Inilah hadiahnya.. nak jimat bajet..
Penyelaras Perpustakaan Desa sedang memerhatikan peserta perempuan.
wah! adiknya siap posing.. lagi.. boleh jadi model ni.
Penyelia ppik memerhatikan kanak lelaki cara-cara mewarna.
Ramai -ramai mewarna.. maklumlah kotak warna tak cukup.. kongsi lah ye..
Lukisan yang sedang diwarnakan.
Lukisan yang belum diwarnakan.
Penyelaras perpustakaan Pn. Maedah desa sedang meyerahkan kertas lukisan yang sudah dilakar oleh Penyelia PPIK Bukit Kapar.Satu lagi aktiviti sempena cuti sekolah PPIK Bukit Kapar dan Perpustakaan Desa telah mengadakan aktiviti pertandingan mewarna bendera Malaysia sempena bulan Kemerdekaan yang ke 52 .Diadakan pada 27/08/09 jam 10.00 - 11.00 pagi bertempat di Perpustakaan Desa. Aktiviti ini hanya disertai oleh kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun. Hadiahnya merupakan sebuah buku nota dan sebatang pen.
Jemputan ke Majlis makan malam RTM
Pada 25/08/2009 yang lalu Penyelia PPIK turut sama menghadiri majlis makan malam/berbuka puasa sempena menyambut bulan Radmahan bersama kakitangan Stesyen Pengesan Siaran Radio Malaysia, Batu Belah Klang, Selangor.(RTM) yang dirasmikan oleh Pn. Ramlah Jali.(Pengarah Stesyan Pengesan Siaran) Jamuan diadakan di Blue View Hotel Shah Alam, Selangor.
Thursday, August 20, 2009
Thursday, August 13, 2009
Ketua kampung Melawat PPIK Bukit Kapar
Wednesday, August 12, 2009
Sunday, August 9, 2009
Hari Veterinar Peringkat Negeri Selangor



Pada 20-21 Julai 2009 Dewan Serbaguna Meru telah mengadakan hari Veterinar Peringkat Negeri Selangor. Pameran ini bertujuan untuk memasarkan hasil-hasil ternakan dan pameran cara-cara membuat/membina reban ayam , kambing dan lembu secara moden. Selain daripada itu diadakan juga jualan hasil pertanian secara terus kepada orang ramai.
Tuesday, August 4, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
| Top ↑ |























