Saturday, October 8, 2011









Seronok dapat melawat di makam Mahsuri . Kami berada disini lebih kurang 2 jam. Semasa kami singgah di makam Mahsuri hari panas.. tiba2 mendung dan berpetir terus hujan turun dengan lebat. kami pun singgah di tempat pondok dihadapan rumah Mahsuri.

Lawatan Mantan Penyelia ke Pulau Langkawi









Padahari raya Aidil Fitri (hari raya kedua) lebih kurang pukul 4.45 pagi kami bertolak dari rumah (Taman Sri Cerakah) menuju kedestinasi yang kami rancang berbulan- bulan lamanya iaitu Pulau Langenda Pulau Langkawi. Sampai ke Jeti lebih kurang jam 11.05 pagi melalui Kuala Perlis. Kami menaiki feri jam 1.00 ptg sampai ke jeti Kuah jam 2.00 ptg. Berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Kami menaiki kereta yg di sewa Rm 90 satu hari dan menginap di homestay Darul Naim Rm 130 satu malam.
Thursday, November 11, 2010

Lambaian Baitullah Al-Mukaramah






Pada 30 Oct 2010 mantan penyelia PPIK Bukit Kapar telah menghantar ibu mertua untuk menunaikan rukun Islam kelima, Disebabkan beliau pergi melalui package Felda maka kami menghantar di Masjid Simpang Kerayong Temerloh Pahang. Semoga beliau selamat pergi dan balik. Amin
Thursday, October 14, 2010

Kenangan terakhir dihari raya Sept 2010


Tanggal 26Sept 2010 bapa saya meninggal dunia diwaktu usia 86 tahun. Inilah gambar terakhir beliau diambil bersama-sama anak-anak, cucu dan cicit sebelum kembali kerahmatullah.. Alfatihah.. semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh. Amin.

Saturday, September 25, 2010

Kerinduan pada semua


Asslamualaikum.. semua pembaca blog untuk sudi melayari blog ini.. rasanya dah lama tak update blog maklum lah.. sejak PPIK ditutup hampir setahun yang lalu... Melalui blog ini saya luah kan perasaan rindu saya pada teman-teman semasa kami sama-sama menyertai kursus Penyelia PPIK di Komplek sukan Negara Puchong, Selangor.
Wednesday, August 4, 2010

Lawatan Mantan Penyelia PPIK Ke Kem Latihan PLKN Manjung







Lawatan kami ke Kem Latihan PLKN di Sri Manjung Perak pada bulan Jun tempohari.
Thursday, April 1, 2010

Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa dan mengetahui segala-galanya

Pada hari minggu yang lalu mantan Penyelia PPIK pergi kepasar malam di Meru untuk membeli barang keperluan harian, termasuklah membeli buah mangga untuk santapan anak-anak dirumah. Ketika memilih buah mangga itu mantan penyelia ternampak buah mangga yang ganjil. Subhanallah.. masyallah.. astagfirullahalazim.. Allahuakbar.. betapa besarnya kuasa Allah. Mungkin juga anda pernah melihat mangga seperti ini.. tapi inilah yang terjadi .. kali pertama sayaTambah Imej melihatnya. Maka sedarlah ini adalah seseungguhnya keadaan Kekuasaan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu 'Jadilah' maka terjadilah ia Maha Suci (ALLAH) TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP-TIAP SESUATU DAN KEPADA NYALAH KAMU DIKEMBALIKAN.

Pendaftaran peserta PLKN di Stadium Shah Alam



Pada 27/03/2010 maka bermula pendaftaran untuk peserta PLKN di Stadium Shah Alam untuk pelatih kumpulan 2 siri 7 /2010. Pendaftaran bermula dari jam 8.00 - 9.30 pagi. Ramai ibu bapa turut serta menghantar pelatih ini ditempat pendaftaran, termasuklah mantan Penyelia PPIK untuk melihat/menghantar anak beliau keStadium ShahAlam.
Monday, January 4, 2010

Cuti_ cuti Malaysia



Mandi di kolam air panas



Kawasan kolam air panas


Bersama orang tersayang


bersama keluarga tersayang





Bersama anak-anak dan menantu.


Sempena cuti sekolah yang lalu Penyelia PPIK Bukit Kapar balik ke rumah mak mertua di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak. Kami pun sekeluarga mengambil kesempatan mandi-manda di Hot Spring (Kolam Air Panas) . Tapi tempat Sotong yang besar tu dah tak ada dah dibuang oleh pihak pengurusan di atas sebab-sebab tertentu.
Sunday, October 25, 2009

Aktiviti Murid - murid Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kapar

Acara permainan catur adalah salah satu aktiviti di sekolah kebangsaan Bukit Kapar. Ahlinya terdiri daripada murid tahun 1-3. Aktiviti seperti ini sangat digalakakn supaya murid-murid ini dapat memperkembangkan kemahiran/bakat mereka sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Murid-murid ini dilatih oleh En. Fadli bin Zakaria.
Saturday, October 24, 2009

Kanak-Kanak Pra Sekolah


Sebelum kanak- kanak ini melangkah ke sekolah rendah, mereka dihantar kesekolah tadika dahulu untuk mendapat pendidikan asas. Contohnya untuk mengenal HuruF A - Z dan nombor 1 - 100. Seterusnya mereka diajar membaca dan mengira. Tadika di kampung Bukit Kapar ini diadakan di kariah-kariah tertentu, seperti tadika kemas : Kariah Sebaya,Serai Wangi, Jalan Dusun, Jln Kopi, Batu 81/2 dan lain-lain kariah lagi. Pembayaran yuran pembelajaran adalah sebanyak RM 20.00 seorang. Pra sekolah disini menempatkan kanak-kanak berumur diantara 5-6 tahun. Hanya diadakan sebelah pagi dan muridnya lebih kurang 30-40 orang untuk satu sesi. Diuruskan oleh seorang guru yang telah dilantik oleh kementerian (KEMAS) dan seorang pembantu.
Friday, October 23, 2009

Kerongsang Tudung


Pelbagai jenis kerongsang / pin tudung di jual dan ianya menjadi kegemaran setiap wanita. Harga pasaran diantara RM15-RM20. Sekiranya ada yang berminat dengan kerongsang / pin tudung ini sila hubungi Pn. Sham 019-2027831 untuk membuat tempahan.
Tuesday, October 20, 2009

Aktiviti Memancing Remaja Bukit Kapar

Remaja kampung Bukit Kapar mengadakan aktiviti memancing pada hujung minggu, untuk memenuhi masa lapang dan menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian. Mereka memancing di kawasan hutan belukar atau pun tepi-tepi parit yang terdapat di kampung ini. Kebanyakan ikan-ikan disini adalah jenis ikan air tawar seperti ikan toman, ikan haruan dan ikan keli.
Thursday, October 15, 2009

Kumpulan Kompang dan Marhaban Warga Emas

Kumpulan Kompang dan Marhaban oleh warga Emas kampung Bukit Kapar telah ditubuhkan hampir 5 tahun yang lalu. Mereka ini sering mendapat undangan dari masyarakat setempat. Kehadiran mereka diundang untuk majlis-majlis mencukur jambul bayi mahu pun kenduri kahwin. Aktiviti seperti ini untuk adalah memenuhi masa lapang warga emas disini.
Tuesday, October 13, 2009

Pasar Malam Selasa Bukit Kapar, Klang, Selangor.

Pelbagai jualan ditapak pasar malam Selasa di kampung Bukit Kapar. Disinilah ramai penduduk dikariah ini mahu pun kampung berhampiran membeli barangan keperluan seharian. Pasar ini diadakan hanya seminggu sekali sahaja. Lokasi pasar Malam ini terletak di persimpangan masuk ke Kariah -kariah Bukit kapar dan Bukit Cherakah Puncak Alam.

HATI DURIAN


PELIK TAPI BENAR.. Semasa Penyelia membuka buah Durian terdapat satu biji durian yang ganjil., tapi mungkin ada penyelia lain dapat pengalaman seperti ini. Dalam buah durian ada lagi durian didalamnya (bunga durian) .
Thursday, September 24, 2009

Suasana Hari Raya di Bukit Kapar


Suasana kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri di Kampung Bikut Kapar telah dirakam kan oleh Penyelia PPIK pada hariraya pertama . Suasana ini dipanggil "baraan" oleh masyarakat jawa disini, yang bermaksud beraya ramai- ramai.

Kuih raya

Sudah siap dibungkus dalam balang / bekas untuk diedarkankan kepada pelanggan.

Anggaran 15-20 minit untuk proses pembakaran dalam oven.


Proses membuat Biskuit Tat Nenas.

Berbagai jenis kuih raya yang diusahakan oleh pn. Zakiah Jalil untuk dijual kepada pelanggan yang membuat secara tempahan atau pun secara langsung. Perniagaan kuih raya ini dilakukan oleh beliau sejak 15 tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Sekiranya ada yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi Penyelia PPIK Bukit Kapar.
| Top ↑ |