Wednesday, December 17, 2008

PPIK BUKIT KAPAR




PPIK Bukit Kapar terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar Klang. PPIK merupakan salah satu projek USP yang dianjurkan oleh KTAK dan dilaksakan oleh MAXIS. Ia merupakan program yang memerlukan penglibatan daripada seluruh komuniti. PPIK Bukit Kapar diujudkan untuk memberi peluang kepada komuniti mengenali IT dengan lebih medalam dan teratur.


PPIK Bukit Kapar juga ada menyediakan latihan asas komputer dan internet secara percuma berserta pelbagai lagi berkhidmatan dan kemudahan lain.


Thursday, December 4, 2008
ASAL USUL KAMPUNG BUKIT KAPAR



Kampung Bukit Kapar Telah Dibuka Pada Sekitar Tahun 1018. Pada awalnya, kampung ini. dibuka oleh sekumpulan penduduk awal yang diketuai oleh Tuan Hj Abdul wahit bin Ahmad. Mereka ini merupakan penduduk di Kampung Kapar yang sering berulang alik mengerjakan tanah dikawasan berhampiran. Pada masa lalu, kawasan hutan yang belum diteroka merupakan tempat yang paling disukai oleh orang-orang Jawa dahulu kerana mereka datang ke kawasan ini mereka tidak mempunyai harta benda.



Kawasan tempat tinggal mereka di Kampung Kapar tanahnya agak landai. Keadaan kumpulan peneroka ini sering berulang alik dari Kampung Kapar untuk mengerjakan tanah di kawasan bukit tersebut menyebabkan ada sebahagian penduduk kampung yang bertanya setiap kali mereka hendak pergi dan pulang dari mengerjakan tanah bukit tersebut. Apabila ditanya hendak kemana atau dari mana mereka sewaktu dalam perjalanan ke bukit, maka mereka akan menjawab, "Kebukit." Apabila pulang dari bukit dan ditanya hendak ke mana, maka akan di jawab, " Balik ke Kapar." Maka wujudlah nama Bukit Kapar dan kekal hingga sekarang ini dikenali sebagai Kampung Bukit Kapar.



Selanjutnya, kawasan bukit yang mula-mula dibuka ialah bahagian sebelah barat, sementara kawasan yang lain diterokai kemudian. Pada masa itu, di Kampung Bukit Kapar dikatakan ramai orang yang dianggap pendekar dan pandai dalam ilmu persilatan dan pertahanan diri. Salah seorang Pendekar yang tertua dan terkenal disini pada masa lalu ialah Ahmad Pendekar atau Mat Pendekar yang datang dari Tanjung Karang. Penduduk -penduduk di sebelah Tanjung Karang memanggil Pak Mat Pendekar ini degan nama gelaran Ahmad Kerak kerana kegemarannya makan kerak nasi. Beliautelah datang dan menetap di Kampung Bukit Kapar dan membuka gelanggang persilatan mengajar anak-anak muda kampung bersilat.



Kehidupan di kampung pada waktu itu amat rukun dan damai. Golongan pendatang ramai yang datang kesini mencarim rezeki dan setiap kali sessuatu kawasan dibuka mereka pasti akan mendirikan surau terlebih dahulu. Itulah cara atau sistem orang-orang dahulu mencari ilmu. Mereka ini berasal dari banyak tempat seperti Jawa Tengah dan Jawa Timur terutama dari kawasan kebumin. Perbezaan di antara orang-orang Jawa yang datang dari pelbagai daerah di Tanah Jawa ialah dari segi dialek bahasa pertuturan yang digunakan.
Wednesday, December 3, 2008

Perkembangan PPIK BUKIT KAPAR


PPIK BUKIT KAPAR adalah satu-satunya projek yang dianjurkan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi serta dilaksanakan oleh MAXIS. Ia adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. Setakat ini PPIK mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh komuniti setempat.
| Top ↑ |