Tuesday, March 31, 2009

Penyelia Negeri Selangor yang Hadir


Penyelia Negeri Selangor:
Wakil Maxis, Noe, Nor, Kak Sham, Anim, Abey, Simah dan Hidayah (Penyelia Negeri Sembilan)

Kata -kata aluan dari pihak Maxis En. Fitri Abdullah



Kata - kata aluan dari pihak MAXIS dari En. Fitri Abdullah Naib Presiden dan Ketua Bahagian Perniagaan Perusahaan dan Perkhidmatan Antarabangsa Maxis Communications Berhad.

Ucapan Timbalan KTAK Dato' Joseph Salang


Berucap di perasmian Pelancaran Laman Web dan Portal Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti oleh Timbalan Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Y.B Dato' Joseph Salang.




Komuniti yang hadir di majlis tersebut adalah penduduk setempat .

Majlis Perasmian Portal Laman web PPIK













Majlis Perasmian 500 Laman Web Komuniti . Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti
di Kg Endah Pada 31 Mac 2009 .
Thursday, March 26, 2009

Pondok Istirehat Belia- Belia Tmn Sri Cerakah, Bkt Kapar.




Surau Hj Mukri Tmn Sri Cerakah





Sekolah Agama Bukit Kapar Timur.






Kedai Makan WARISAN JAWA



Kemudahan- kemudahan yang berhampiran dengan PPIK BUKIT KAPAR ialah seperti Sekolah Agama Rakyat, Kedai makan, Surau dan Tempat belia- belia beristirehat selepas penat bekerja. Tempat istirehat ini dibina dengan hasil titik peluh mereka sendiri. Disini belia-belia ini berkumpul bertukar-tukar fikiran dan pendapat supaya dapat mengeratkan lagi siratulrahim sesama mereka. Didalam pondok ini terdapat kemudahan seperti TV, DVD Dan ASTRO yang mana mereka membayar segala bil-bil melalui kuitpan kepada Ahli-ahli persatuan mereka.

Usahawan PPIK BUKIT KAPAR (IKS)





(Gerai kuih Putu Piring Kepunyaan Hj Mudakir)

Di buka pada Isnin - Khamis. Jam 3.00ptg - 6.00 ptg
Ingin membuat tempahan sila hubungi Penyelia PPIK Bukit Kapar.




(Kedai Jualan Langsung berbagai produk kepunyaan Pn. Ana)
Di buka setiap hari dari jam 10.30 pagi - 10.00 mlm


Terdapat beberapa orang AJK PPIK yang terlibat dalam projek industri kecil yang mengusahakan perniagaan seperti perniagaan jualan langsung berbagai produk dan jualan kuih Putu Piring. Gerai /Kedai mereka juga berhampiran dengan PPIK Bukit Kapar.





Wednesday, March 25, 2009

Usahawan AJK PPIK




Salah seorang AJK PPIK Bukit Kapar telah membuka perniagaan menjual bantal kekabu secara kecil-kecilan berhampiran dengan PPIK Bukit Kapar. Nama beliau ialah Pn. Suzana Shaik bt Ismail . Beliau ialah seorang ibu tunggal yang membesarkan empat orang anak yang masih bersekolah. Selain itu beliau juga menjadi seorang pengusaha Batik lukis tangan yang mana beliau memasarkan hasil batiknya dengan cara menjualnya sendiri dan menghantar kekedai butik yang membuat tempahan .

Gambar Kenangan bersama Warisan Global




Gambar Kenangan selepas melawat projek keusahawanan oleh pihak Warisan Global dan Penyelia PPIK Bukit Kapar.

Melihat Kawasan Projek Keusahawanan PPIK Bukit Kapar



Melihat kawasan projek keusahawan PPIK Bukit Kapar Di Stesyen Pengesan Siaran, dimana pokok pisang yang telah mula mengeluarkan hasil.

Lawatan Warisan Global Ketapak Projek keusahawanan PPIK Bukit Kapar



Lawatan Warisan Global ke tapak projek keusahawanan PPIK . En. Ash dan Cik Sarah melawat ke Kawasan tanaman Pisang dan buah-buahan yang telah diusahakan bersama Ahli Kelab PPIK . Kawasan tanaman projek keusahawanan adalah seluas lebih kurang 1 ekar.

Lawatan Warisan Global dan Maxis ke PPIK Bukit Kapar






Pada hari Khamis 19hb Mac 2009 pihak Warisan Global dan Maxis telah datang melawat ke PPIK Bukit Kapar. Pertemuan tersebut telah merapatkan lagi hubungan diantara pihak yang terlibat dengan komuniti.
Tuesday, March 24, 2009

Projek Keusahawanan bersama Komuniti di Stesyen Pengesan Siaran


















Hasil perbincangan bersama AJK Kelab PPIK Bukit kapar bersepakat telah bersetuju, tanah Rizab milik Stesyen Pengesan Siaran Radio Malaysia, Klang, Selangor dengan kebenaran Pengarah Stesyen tersebut iaitu Pn. Ramlah Bt Mat Jali, untuk di usahakan sebagai projek keusahawanan. Projek ini adalah dalam usaha baik pulih (tanam semula,dan pembersihan) projek yang telah terbiar kemudian diusahakan semula. Pokok yang telah ditanam ialah pokok pisang dan sedikit pokok buah-buahan seperti pokok rambutan, pokok nangka madu dan pokok cempedak madu.
Sekiranya hasil usaha ini mendatangkan hasil kami bercadang akan memasarkan buah-buahan ini ke pasar borong atau diiklankan melalui laman blog PPIK BUKIT Kapar.

Projek Keusahawanan bersama Komuniti

Perbincangan Dengan AJK Kelab PPIK Bukit Kapar untuk Projek keusahawanan.









AKTIVITI BERSAMA KOMUNITI










Program gotong royong bersama PBT Negeri Selangor, AJK PPIK, Penyelia PPIK Bukit Kapar, Perpustakaan Desa dan Komuniti untuk membersihkan kawasan sekitar Taman perumahan, PPIK Bukit Kapar dan Perpustakaan Desa. Selain daripada membersihkan kawasan ia juga merupakan aktiviti mengenali komuniti dengan lebih dekat serta merapatkan lagi hubungan siratulrahim diantara komuniti dan penyelia PPIK.

Latihan Komputer PPIK Bukit Kapar










Buat masa ini latihan komputer untuk komuniti di PPIK BUKIT KAPAR mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Kampung. Latihan yang diberikan berdasarkan modul-modul yang telah disediakan oleh penyelia PPIK Bukit Kapar.
| Top ↑ |