Tuesday, May 12, 2009

Usahawan Acar Buah Bukit Kapar, Klang Selangor




Acar Buah yang diusahakan oleh pn. Zakiah bt Jalil sebagai perniagaan sampingan beliau selain membuat kuih Hari Raya di musim- musim perayaan, mengikut tempahan yang dikehendaki oleh pelanggan. Didalam resepi acar buah ini terdapat berbagai -bagai jenis buah-buahan kering seperti buah ceri , buah kana,buah pala, buah anggur dan lain -lain lagi. Harga pasaran untuk acar buah ini mengikut saiz botol dan bekas plastik. Bekas plastik yang kecil sekali harganya lebih kurang Rm 7.00 dan harga dalam botol (botol Nescafe) harganya Rm 13.00 sebotol. Untuk bekas yang lebih besar, itu harga lain (boleh dirunding). Sekiranya ada yang berminat dengan acar buah ini sila hubungi Penyelia PPIK Bukit Kapar di No Tel: 019-2027831. Kami juga sedia menerima tempahan untuk majlis - majlis makan malam dan kenduri kahwin. Sekali rasa pasti nak lagi . sila cuba... sedap hingga menjilat jari.

0 comments:

| Top ↑ |