Thursday, May 14, 2009

Gambar Bersama W.G di PPIK Bkt Kapar




Gambar kenangan bersama En.Ash dan Cik Sara dari Warisan Global ,En Hamid Site Controler, Pn. Samaiyah Penyelia PPIK Bukit Kapar, En. Anuar Penasihat PPIK Bukit kapar. Gambar ini di ambil semasa Warisan Global Datang Melawat Ke PPIK BUKIT KAPAR .
Wednesday, May 13, 2009

Perpustakaan Desa Bukit Kapar, Klang. Selangor







Disebabkan bangunan PPIK BUKIT KAPAR bersebelahan dengan Perpustakaan Desa maka saya mempromosikannya melalui blog ini. Bangunan Perpustakaan ini dibina pada tahun 1994 dan dikendalikan oleh seorang pembantu perpustakaan yang bernama pn. Maedah Bt Yahaya. Beliau bertugas di sini sudah hampir 10 tahun.
Tuesday, May 12, 2009

Usahawan Acar Buah Bukit Kapar, Klang Selangor




Acar Buah yang diusahakan oleh pn. Zakiah bt Jalil sebagai perniagaan sampingan beliau selain membuat kuih Hari Raya di musim- musim perayaan, mengikut tempahan yang dikehendaki oleh pelanggan. Didalam resepi acar buah ini terdapat berbagai -bagai jenis buah-buahan kering seperti buah ceri , buah kana,buah pala, buah anggur dan lain -lain lagi. Harga pasaran untuk acar buah ini mengikut saiz botol dan bekas plastik. Bekas plastik yang kecil sekali harganya lebih kurang Rm 7.00 dan harga dalam botol (botol Nescafe) harganya Rm 13.00 sebotol. Untuk bekas yang lebih besar, itu harga lain (boleh dirunding). Sekiranya ada yang berminat dengan acar buah ini sila hubungi Penyelia PPIK Bukit Kapar di No Tel: 019-2027831. Kami juga sedia menerima tempahan untuk majlis - majlis makan malam dan kenduri kahwin. Sekali rasa pasti nak lagi . sila cuba... sedap hingga menjilat jari.
Monday, May 4, 2009

Balik Kampung Penyelia di Sg. Besar, Selangor

Ini gambar sawah padi yang sudah di tanam lebih kurang 2 bulan

Baru -baru ni, semasa cuti hari Pekerja Penyelia PPIK Bukit Kapar, balik kampung bersama Ajk Kelab PPIK . Kampung Penyelia PPIK Bukit Kapar ialah di Parit 2 Timor, Sg. Besar, Selangor. Aktivitinya biasa-biasa sajelah... memancing ikan di tepi parit dan diatas titi. Kebetulan masa kami balik kg tu musim menanam padi. Cantik .. permandangannya.. nak lapangkan fikiran.. datangle.. ke Kg Penyelia.
| Top ↑ |